Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir".
(Surah ar-Rum ayat : 21)
Masih terngiang2 lagi di telinga ibu ni...
" Aku terima nikahnya......................."
"Sah? ....sah...."....hihihihi....
Semalam, 16/03/10 genap lah 3 thn perkahwinan ibu dan abah..
Alhamdulillah, di usia perkahwinan yg masih mentah ni, ibu dan abah still kena bnyk belajar.Istilah "lebih dulu makan garam" tu masih jauh lg nak di gunakan..3 thn bukan la jangkamasa yg lama..pejam celik, sekejap je dah 3 thn..the more we learn, the less we know..
As usual, kami ni bkn jenis yg suka celebrate any event..But for sure ada la sikit untuk kami anak beranak...
Ibu just bagi abah anniversary card + cake..Tapi Najihah paling beriya2 makan kek tu...Thanks to Salwa from
Just Cake, sudi buat kan kek yg cantik tu..
Tp apa plk yg abah nak bg kat ibu ??? uhm..uhm..uhm...
Mengimbas balik detik2 pertemuan Ibu dan Abah ?...Senang citer semua nya dah diatur oleh Allah dgn smooth sekali...dipermudahkan jalan...
Akhirnya sah sbg suami isteri setelah lafaz akad dan nikah...
"They live happy ever after"...macam citer fairy tales....hehehe...ermh...maleh nak citer panjang2....
Nak berkahwin lebih mudah drpd nak menegakkan perkahwinan itu..Tawa dan air mata adalah rencah2 dlm rumahtangga...
Doa ibu, semoga di permudahkan urusan rumahtangga kami, urusan anak2, urusan keluarga...apapun dugaan dan ujian, harap Allah bekalkan dgn ilham penyelesaian...semoga jodoh ibu dan abah kekal di dunia dan akhirat....semoga ibu dan abah dpt menjadi contoh teladan terbaik buat anak2 kami....
Ameen....
Firman Allah S.W.T di dalam surah an-Nisa'. Ayat 1:
Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari kedua-nya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
Anniversary card for my dearest husband
blue is romantic....love is forever...
Abah potong kek....Najihah dah siap dgn sudu..
Sukanya Najihah makan krim tu...
And it's end up like this.....
Gambar dolu2...semasa masih berdua-duaan...mulanya nak pegi tgk merdeka endurance racing, rupanya silap tarikh...eventnya semalam...
Pegi jalan2 ke Muzium Terengganu...still sesi honeymoon...