Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 23, 2010

Najihah turns 2 today !!!!!

Dua tahun yang lalu, pd tarikh dan waktu yg sama sprt skrg ni, ibu tgh bertarung nyawa dlm labour room untuk lahirkan Najihah.Masuk LR jam 9.00pg, Najihah selamat dilahirkan pd 1.30 pm.Permata hati pertama ibu dan abah…setelah menunggu hampir setahun..

Najihah dah jd anak dara sekarang…Kakak dah pandai tolong ibu memasak ( memunggah periuk belanga dan besen2 dr dlm kitchen cabinet) ,kawan melipat kain ( kain yg dah di lipat disepah2kan), kawan ibu membasuh dan menjemur kain   ( menarik baju yg dah di sidai dr hanger), dan menjadi makmum semasa ibu solat   ( masuk dlm telekung ibu dan buat macam khemah)…

Alhamdulillah, ibu dah sempurnakan 2 thn penyusuan susu ibu pada kakak…walaupun begitu, ibu belum nampak tanda2 kakak nk weaning off….kakak masih nak bergayut..adik pun nak bergayut jgk….

kdg2 ibu jd monster jgk sbb letih…kdg2 kakak menangis sbb ibu babap bontot masa kakak meronta2 nak nenen.....maafkan ibu ye kakak…ibu kan manusia biasa…ada kalanya kesabaran ibu pun ada batasannya….nanti bila kakak dah jd ibu, kakak akan faham..seperti mana yg ibu dah faham perasaan opah masa menjaga ibu dulu…


Happy Birthday Najihah…semoga menjadi anak yg solehah, dan sentiasa tetap di jalan Allah…..

ibu dan abah sayang kakak dan adik….