Friday, September 3, 2010

Tahun ni raya berempat la pulak...

Salam...

Ibu dah selamat bersalin pd 23/06/10 yg lalu...setelah overdue hampir seminggu akhirnya baby yg ditunggu-tunggu pun selamat keluar...rupa2nya dia nak keluar sama hari ngan kakak...kakak pun lahir pada 23 hb jugak...

Ermh...macam-macam la dugaan yg dah ditempuhi sepanjang tempoh nak bersalin, tempoh berpantang, dan akhirnya balik bekerja semula...klu nak tulis kat sini semua mmg tak terlarat...apa2 pun ibu bersyukur semua ujian dan dugaan, Allah dah sertakan sekali dgn jalan penyelesaian...Alhamdulillah...Pujian bagi Maha Pencipta yg Maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya....Subhanallah...

Terlaksana juga hasrat ibu nak continue tandem nursing...namun tak semudah yg ibu sangka kan sblm ini..apa pun untuk kakak, ibu tak mampu nak bagi fully breast milk...tuntutan adik lbh ibu utamakan...
Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang ibu dah kumpul stok EBM..apa yg ibu tak buat masa berpantang anak pertama dulu...maklum lah, masa tu ilmu pasal BF ni blm ada...mmg betul lah, masa berpantang production plg banyak...ms ni la nk buat stok bebanyak...

Di pendekkan cerita pd tahun ini, beraya la kami 4 beranak...
Abah, Ibu, Kakak (Azzahratun Najihah) dan Adik ( Azzahratun Nadhirah)...